tentangfx
ANDA KINI BERADA DI FORUM tentangfx...
SILA LOG IN JIKA ANDA MEMBER DAN REG JIKA MASIH BELUM MENJADI MEMBER...
JIKA MEMILIH UNTUK MENJADI PELAWAT SILA ABAIKAN MESEJ INI... tq..

Join the forum, it's quick and easy

tentangfx
ANDA KINI BERADA DI FORUM tentangfx...
SILA LOG IN JIKA ANDA MEMBER DAN REG JIKA MASIH BELUM MENJADI MEMBER...
JIKA MEMILIH UNTUK MENJADI PELAWAT SILA ABAIKAN MESEJ INI... tq..
tentangfx
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

ah long oh ah long

Go down

ah long oh ah long Empty ah long oh ah long

Post by cyberkids Fri May 29, 2009 6:15 pm

KUALA LUMPUR – Kira-kira 10 peratus atau 100,000 orang daripada kakitangan awam kini berada dalam cengkaman ah long dan kebanyakan mereka diganggu hampir setiap hari hingga menjejaskan produktiviti.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Ahmad Shah Mohd. Zin memberitahu, pihaknya menggesa institusi kewangan menyediakan peruntukan khas bagi memberi pinjaman peribadi kepada petugas awam yang terperangkap dengan pinjaman wang ah long.

Menurut beliau, jika institusi kewangan boleh membantu, ini amat disambut baik kerana ia lebih murah dan selamat bagi petugas awam berurusan dengan institusi berkenaan daripada ah long.

Ahmad Shah seterusnya memuji Malaysia Building Society Berhad (MBSB) kerana memperuntukkan RM100 juta bagi menyediakan pinjaman peribadi untuk guru.

Pengerusi MBSB, Tan Sri Abdul Halim Ali ketika mengumumkan demikian semalam berkata, pinjaman maksimum di bawah skim itu ialah RM150,000 bagi tempoh 15 tahun pada kadar faedah lima peratus setahun.

MBSB turut memperkenalkan skim serupa kepada polis pada Mac lalu.

Ahmad Shah berkata, bank dan institusi kewangan lain wajar mencontohi MBSB serta berharap MBSB akan memperluaskan kemudahan pinjaman kepada kategori petugas lain.
cyberkids
cyberkids

Posts : 49
Points : 64
Join date : 28/05/2009
Age : 35

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum