tentangfx
ANDA KINI BERADA DI FORUM tentangfx...
SILA LOG IN JIKA ANDA MEMBER DAN REG JIKA MASIH BELUM MENJADI MEMBER...
JIKA MEMILIH UNTUK MENJADI PELAWAT SILA ABAIKAN MESEJ INI... tq..

Join the forum, it's quick and easy

tentangfx
ANDA KINI BERADA DI FORUM tentangfx...
SILA LOG IN JIKA ANDA MEMBER DAN REG JIKA MASIH BELUM MENJADI MEMBER...
JIKA MEMILIH UNTUK MENJADI PELAWAT SILA ABAIKAN MESEJ INI... tq..
tentangfx
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

KISAH TEMPIAS

3 posters

Go down

KISAH TEMPIAS Empty KISAH TEMPIAS

Post by fajar Sat May 30, 2009 1:48 am

Pada suatu malam, dua ekor kuda sedang bersembang2 dengan mesranya di dalam kandang walaupun mereka berdua adalah kuda jantan. Kebetulan pada waktu tersebut, hujan renyai2 a.k.a gerimis..

Si kuda hitam berkata kepada kuda babylon, "baby, aku takut tempias.. Kalau ada tempias tentu aku lari dan terketar2". Si kuda babylon hanya mengangguk malas... "O .. ye ke..". Lebih kurang begitu saja jawapannya kepada Si kuda hitam.

Tanpa mereka berdua sedari, di atas bumbung kandang tersebut ada seorang pencuri yang sedang terhegeh2 nak mencuri kedua kuda tersebut. Dan tanpa mereka bertiga sedari pula, di belakang kandang tersebut, telah menanti seekor harimau yang menunggu peluang nak menerkam kuda2 tersebut atau juga mungkin pencuri tu sekali.

Rupanya harimau tu terdengar perbualan kedua ekor kuda tersebut.. Terdetik dalam hati sang harimau, 'siapalah agaknya tempias tu ye.. sampai binatang lain takut kat dia.. tentu dia lebih hebat dari aku ni..ish.. kena hati2 ni. Jangan sampai aku kena dengan tempias tu'.. sambil kakinya terus terjengket2 mendekati kedua ekor kuda tersebut.

Tiba-tiba!.... KEBAAABOOOMMM!!!!! Shocked Shocked .. Kilat dan petir serta yang seangkatan dengan nya berdentum..

Si pencuri yang berada di atas bumbung trkezut badak lalu tergelincir jatuh.. KEDEBUKK!! tepat di atas belakang harimau. Harimau terkejut. Kuda lagi la terkejut hingga si kuda babylon yang tadi mengontrol macho termelatah " Oppocot tempias!!".

"Hah!! Tempias??" teriak harimau. Harimau yang menyangkakan di atas belakangnya adalah tempias yang ditakutinya, terus berlari dengan lajunya masuk ke dalam hutan.

"Tempias??? Tempias?? Alamak..!! Tempias atas belakang aku!!" Dan harimau meneruskan pecutan nya terus ke dalam hutan.

Si pencuri yang masih tidak menyedari bahawa yang ditungganginya adalah harimau, tetap tersenyum kerana menyangka bahawa dia tu sudah berjaya mencuri kuda..

"Ish.. laju benor kuda ni lari.." si pencuri memeluk sekuatnya badan harimau kerana takut terjatuh sambil hatinya berbunga2..

Sang harimau yang masih ketakutan melajukan lariannya.." Ish kuat betul tempias ni!!.. sakit badan aku dicekiknya.. patutlah kuda takutkan tempias ni!!." Semakin laju harimau lari, semakin kuat pencuri memeluk dan semakin kuat pencuri memeluk, makin kuat pulak harimau berlari..

harimau berlari hingga ke pagi...apabila pagi dah menjelma dan bersiar suria, tersedarlah pencuri bahawa yang ditungganginya bukanlah kuda... tetapi.. HARIMAU!!

Maka dengan lantas pencuri berpaut pada satu dahan pokok dan membiarkan harimau terus berlari..berlari dan berlari.. pencuri yang masih ketakutan itu memanjat ke atas pokok. Dah lah takutkan harimau, sesat pulak kat tengah hutan di bawa lari dek harimau yang jugak ketakutan..

Beralih pulak kepada harimau..

Setelah menyedari bahawa 'tempias' tiada lagi di atas belakangnya, sang harimau pun kembali berjalan perlahan2.. bersiar-siar sambil menghilangkan tension kerana sudahlah tak dapat menu kuda malah di sergah 'tempias' pulak..

Harimau terjumpa dengan monyet di tengah2 persiarannya.. beliau menyapa monyet..

" Hai Kay!" Teriak harimau kepada monyet.

"Hai Harry".. Monyet menjawab.. Setelah bertanya khabar diri dan saudara mara natara satu sama lain, mereka meneruskan persiaran mreka sambil berbual2..

"Kau tahu tak Kay, malam tadi aku terjumpa tempiasss!!." cerita harimau bersungguh sambil mengangguk2 kepala..

"Then?" jawab monyet..

"Aku takut ler.. Terus aku lari masuk hutan balik.. Terbantut niat aku nak makan kuda hitam.. Kuda babylon pon tak dapat Kay.."

Monyet berasa sangat pelik. 'buang tebiat ke mamat sekor nih? benda lain tak takut.. tempias takut??' detik hati monyet..

"Apa kau pandang aku macam tu Kay??.. kau ingat aku tipu yer.. betul Kay.. Dah lah berat, kuat pulak tu 'tempias' tu Kay!" Harimau masih bersungguh2 bercerita..

"Aku rasa la kan Harry, kau ni dah salah sangka ni.. Tempias bukan macam tu lah.. JOm.. aku tunjukkan kat kau nanti macam mana tempias tu" Kata Monyet..

Harimau berfikir sejenak... dan akhirnya beliau bersetuju dgn cadangan monyet.

" Tapi kau janji Kay, kalau dah jumpa tempias nanti kau jangan tinggal aku Kay.. aku takuttt.." Kata harimau

Monyet mengeluh sambil mengeleng2 kepala..'Memang sah buang tebiat'. Getus hati nya...

" OKlah, aku tak tinggal kau, kalau kau tak percaya, jom kita ikat ekor kita" Monyet bagi cadangan lagi.. Nak harap kan harimau...hmm.. No

mereka pon mengikat ekor masing2 antara satu sama lain..ala2 filem hindustan gituuu.. Dan setelah itu mereka meneruskan persiaran mereka.

"Kau janji KAy.. Kau jangan tinggal aku tau.." kata harimau mendapatkan kepastian.

"Yee... aku janji, aku tak tinggal kau. Kan kita dah ikat ekor kita ni".. Jawab monyet selamba..

Tanpa harimau sedari, dia telah membawa monyet ke tempat di mana adanya pencuri tadi. Pencuri yang di atas pokok, terlihat kedatangan harimau dan monyet.

Maka terketar-ketarlah pencuri tersebut kerana ketakutan sehingga terkucil dalam seluar. Titisan air kucilan pencuri tersebut terkena sedikit ke muka monyet..

"HAH!! Ini lah tempias!! " Teriak monyet.

"Hah!! Tempias??!!" Harimau yang terlalu terkejut dan takut, terus menekan pedal minyak... terlupa bahawa ekornya terikat pada ekor monyet..dan...

huhuhuhu... bayangkan ajelah macam mana kesudahannya cerita HARIMAU YANG TERLAMPAU 'cerdik'.... jocolor jocolor


Last edited by fajar on Sat May 30, 2009 2:40 am; edited 2 times in total
fajar
fajar

Posts : 38
Points : 57
Join date : 28/05/2009

Back to top Go down

KISAH TEMPIAS Empty Re: KISAH TEMPIAS

Post by cyberkids Sat May 30, 2009 2:19 am

mak ai panjangnye...mcm novel lak Laughing
x baca lagi..bru nk baca ni..huhuhu
cyberkids
cyberkids

Posts : 49
Points : 64
Join date : 28/05/2009
Age : 35

Back to top Go down

KISAH TEMPIAS Empty Re: KISAH TEMPIAS

Post by fajar Sat May 30, 2009 2:45 am

tu la pasal.. lenguh aku menaip... pale
fajar
fajar

Posts : 38
Points : 57
Join date : 28/05/2009

Back to top Go down

KISAH TEMPIAS Empty Re: KISAH TEMPIAS

Post by amat Sun Aug 30, 2009 12:36 am

asal org yg same aje chat kat c ni.. x org lain ke.. Sleep

amat

Posts : 4
Points : 4
Join date : 29/08/2009

Back to top Go down

KISAH TEMPIAS Empty Re: KISAH TEMPIAS

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum