tentangfx
ANDA KINI BERADA DI FORUM tentangfx...
SILA LOG IN JIKA ANDA MEMBER DAN REG JIKA MASIH BELUM MENJADI MEMBER...
JIKA MEMILIH UNTUK MENJADI PELAWAT SILA ABAIKAN MESEJ INI... tq..

Join the forum, it's quick and easy

tentangfx
ANDA KINI BERADA DI FORUM tentangfx...
SILA LOG IN JIKA ANDA MEMBER DAN REG JIKA MASIH BELUM MENJADI MEMBER...
JIKA MEMILIH UNTUK MENJADI PELAWAT SILA ABAIKAN MESEJ INI... tq..
tentangfx
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

TIPS2 MENARIK

5 posters

Go down

TIPS2 MENARIK Empty Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir

Post by khairilanuar1819 Fri May 29, 2009 9:34 pm

Tip Mengenal Diri Sendiri Melalui Tarikh Lahir

1. Pemimpin
2. Lembut
3. Kemas (Cerewet)
4. Rajin
5. Boleh berbincang
6. Angin
7. Patuh
8. Bisnes
9. Glamour

Contoh: 20 05 1981
2 + 0 = 2

Maka kotak pertama adalah 2.. Kemudian campurkan kesemua nombor..
2 + 0 + 0 + 5 + 1 + 9 + 8 + 1 = 26

Kemudian hasil campur yang lebih dari 9 akan dicampur lagi seperti:
2 + 6 = 8

Maka kotak kedua adalah 8.. Selepas itu kotak pertama akan dicampur ngan kotak kedua
2 + 8 = 10

Oleh kerana hasil campur lebih dari 9 maka dicampur lagi
1 + 0 = 1

Maka kotak ketiga ialah 1.. hasilnya..

2: Lembut
8: Bisnes
1: Pemimpin
Maka anda sudah cerminkan diri anda mungkin sifat-sifat ini ada dalam diri anda dan mana tahu mungkin suatu hari nanti dengan sifat ini anda akan menjadi seorang yang berguna..
khairilanuar1819
khairilanuar1819

Posts : 22
Points : 31
Join date : 28/05/2009
Age : 38
Location : sungai petani

Back to top Go down

TIPS2 MENARIK Empty Tips jimat petrol

Post by eyes143 Sat May 30, 2009 3:25 am

1. Cuba elakkan daripada menekan brek jika tidak diperlukan kerana penggunaan petrol akan meningkat dengan untuk meningkatkan kelajuan pada tahap yang biasa. Bukan itu sahaja, tayar juga akan cepat haus.

2. Selalulah memeriksa tayar kereta anda, adakah cukup angin ke tidak kerana kekurangan angin akan menyebabkan peningkatan penggunaan petrol sehingga 5% dan tayar juga cepat rosak.

3. Selalu melakukan servis ke atas kereta yang mana akan membantu enjin kereta anda sentiasa berada dalam keadaan baik terutaman untuk perjalanan yang jauh.

4. Pastikan kereta anda di'tune' oleh pakar kerana kesilapan dalam melakukan 'tuning' akan menyumbang kepada peningkatan penggunaan petrol sehingga 50%.

5. Praktikkan selalu menukar spark plug sewaktu servis, kerana ia akan membantu menjimatkan petrol dengan banyak.

6. Elakkan menggunakan klac terlalu kerap dan jangan tekan klac jika situasi tidak memerlukan.

7. Gunakan gear neutral sewaktu berada di situasi lampu isyarat merah. Anda juga boleh mematikan kenderaan sekiranya pertukaran lampu isyarat terlalu lama.

8. Gunakan gear yang betul dan sesuai mengikut kelajuan kenderaan.

9. Harus diingatkan bahawa bumbung yang berisi barang(dalam roof rack) akan menyebabkan peningkatan penggunaan petrol sehingga 5% melalui pemanduan di lebuh raya.

10. Dan jika roof rack kereta anda tidak berisi, lebih tanggalkannya kerana, jika menanggalkannya, anda dapat menjimatkan minyak anda sehingga 1%.

11. Cuba elakkan memusingkan stereng kereta anda dengan tanpa keperluan kerana setiap kali anda lakukannya, akan menyebabkan penggunaan petrol.

12. Pastikan anda selaraskan kelajuan kereta anda sewaktu pemanduan.

13. Kalau boleh jangan dihidupkan penyaman udara semasa kereta pada kelajuan rendah.

14. Jangan hidupkan enjin kereta anda sebaik sahaja anda mematikannya kerana ia akan meningkatkan penggunaan minyak dan malah boleh merosakkan enjin.

15. Dengan pemanduan pada kelajuan 90 km/j berbanding 100 km/j, anda akan dapat menjimatkan petrol sehingga 10%.

Selamat Mencuba!
eyes143
eyes143
miss SEKETARI

Posts : 83
Points : 125
Join date : 28/05/2009
Age : 33
Location : dalam ati cmu143..

http://www.noorazneen.blogspot.com

Back to top Go down

TIPS2 MENARIK Empty Re: TIPS2 MENARIK

Post by eyes143 Sun May 31, 2009 3:20 am

Tips : Berkenalan Menerusi Internet/Chatting

1) Tanya nama ringkas atau panggilan manja, untuk tujuan membahasakan diri masing-masing, penggunaan "i", "saya" dan "aku" amat banyak di gunakan sekiranya kita hanya bersikap sebagai kawan biasa, manakala penggunaan nama sendiri atau gelaran lebih bersifat kepada perhubungan yang lebih erat dan intim.

2) Elakkan dari memulakan perkenalan dengan menukar nombor telefon pada pertemuan pertama! Kecuali atas dasar kepercayaam atau hubungan perniagaan, anda DILARANG keras memberi nombor telefon kepada orang yang tidak di kenali.

3) Usah terlalu menekan chatter dengan soalan-soalan berat atau bersifat peribadi, kadang-kadang boleh menyebabkan chatter berasa jauh hati dengan kita. Seboleh-bolehnya wujudkan persekitaran chatting atau sembang yang mesra. Cuba kenali chatter dengan lebih rapat.

4) Pastikan ayat yang kita sampaikan JELAS maknanya. Kadangkala tulisan yang tidak disertakan dengan tanda yang jelas seperti "?", "!" dan "..." akan membawa kepada salah faham. Contohnya, kita bertanyakan sesuatu seperti, "awak suka saya" tanpa sebarang intonasi atau tanda huruf. Ini boleh mebawa maksud "awak suka saya?" bersifat ingin tahu, "awak suka saya!" bersifat menekan, tidak suka atau gembira, dan "awak suka saya...." bersifat seolah-lah tidak percaya atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut.

5) Usah terlalu serius atau bersifat menekan pada pertemuan pertama anda di internet. Dalami dulu apa yang rakan bual anda suka, cenderung, atau tidak suka. Adalah tidak patut sekiranya anda bicarakan tentang bolasepak sedang kan rakan bual anda jelas seorang yang tidak sukakan bolasepak!

6) Pendapat seperti "tidak semua orang jujur di internet" adalah tepat; akan tetapi, cuba bertindak jujur dalam menjawab kebanyakan soalan peribadi, dan anda boleh memlih untuk tidak menjawabnya, terpulang atas diri sendiri. Jangan memulakan sesuatu yang anda sendiri tidak tahu apa akibatnya kelak. Risiko atas diri sendiri, oleh itu jadilah seorang rakan bual yang telus. Jika anda rasa rakan bual anda seorang yang boleh dipercayai dan ok, tidak salah untuk anda berkongsi pendapat. Gunakan deria rasa ke-enam anda, insyaallah tiada masalah.

7) Usulkan pertemuan dengan teman chatting untuk lebih kenal teman chatting sebelum perhubungan masuk ke tahap serius....kerana pertemuan empat mata lebih menyerlahkan sikap sebenar teman tersebut berbanding kata- katanya di alam siber. (sumbangan girlfren saya...lyrae_79)

Cool Yang lebih penting, pastikan ejen instant messaging anda (contohnya Yahoo Messenger, MIRC dan sebagainya) di tutup secara sempurna, log-out dengan betul untuk mengelakkan dari pengguna komputer yang sama menyalahgunakan ID anda. Ini amat penting jika anda menggunakan komputer di Cyber Cafe.

Sekian sahaja buat kali ini.

Selamat Berchatting! (...dan berdating....)
eyes143
eyes143
miss SEKETARI

Posts : 83
Points : 125
Join date : 28/05/2009
Age : 33
Location : dalam ati cmu143..

http://www.noorazneen.blogspot.com

Back to top Go down

TIPS2 MENARIK Empty Re: TIPS2 MENARIK

Post by eumajuent Sun May 31, 2009 5:28 am

eyes143 wrote:Tips : Berkenalan Menerusi Internet/Chatting

1) Tanya nama ringkas atau panggilan manja, untuk tujuan membahasakan diri masing-masing, penggunaan "i", "saya" dan "aku" amat banyak di gunakan sekiranya kita hanya bersikap sebagai kawan biasa, manakala penggunaan nama sendiri atau gelaran lebih bersifat kepada perhubungan yang lebih erat dan intim.

2) Elakkan dari memulakan perkenalan dengan menukar nombor telefon pada pertemuan pertama! Kecuali atas dasar kepercayaam atau hubungan perniagaan, anda DILARANG keras memberi nombor telefon kepada orang yang tidak di kenali.

3) Usah terlalu menekan chatter dengan soalan-soalan berat atau bersifat peribadi, kadang-kadang boleh menyebabkan chatter berasa jauh hati dengan kita. Seboleh-bolehnya wujudkan persekitaran chatting atau sembang yang mesra. Cuba kenali chatter dengan lebih rapat.

4) Pastikan ayat yang kita sampaikan JELAS maknanya. Kadangkala tulisan yang tidak disertakan dengan tanda yang jelas seperti "?", "!" dan "..." akan membawa kepada salah faham. Contohnya, kita bertanyakan sesuatu seperti, "awak suka saya" tanpa sebarang intonasi atau tanda huruf. Ini boleh mebawa maksud "awak suka saya?" bersifat ingin tahu, "awak suka saya!" bersifat menekan, tidak suka atau gembira, dan "awak suka saya...." bersifat seolah-lah tidak percaya atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut.

5) Usah terlalu serius atau bersifat menekan pada pertemuan pertama anda di internet. Dalami dulu apa yang rakan bual anda suka, cenderung, atau tidak suka. Adalah tidak patut sekiranya anda bicarakan tentang bolasepak sedang kan rakan bual anda jelas seorang yang tidak sukakan bolasepak!

6) Pendapat seperti "tidak semua orang jujur di internet" adalah tepat; akan tetapi, cuba bertindak jujur dalam menjawab kebanyakan soalan peribadi, dan anda boleh memlih untuk tidak menjawabnya, terpulang atas diri sendiri. Jangan memulakan sesuatu yang anda sendiri tidak tahu apa akibatnya kelak. Risiko atas diri sendiri, oleh itu jadilah seorang rakan bual yang telus. Jika anda rasa rakan bual anda seorang yang boleh dipercayai dan ok, tidak salah untuk anda berkongsi pendapat. Gunakan deria rasa ke-enam anda, insyaallah tiada masalah.

7) Usulkan pertemuan dengan teman chatting untuk lebih kenal teman chatting sebelum perhubungan masuk ke tahap serius....kerana pertemuan empat mata lebih menyerlahkan sikap sebenar teman tersebut berbanding kata- katanya di alam siber. (sumbangan girlfren saya...lyrae_79)

Cool Yang lebih penting, pastikan ejen instant messaging anda (contohnya Yahoo Messenger, MIRC dan sebagainya) di tutup secara sempurna, log-out dengan betul untuk mengelakkan dari pengguna komputer yang sama menyalahgunakan ID anda. Ini amat penting jika anda menggunakan komputer di Cyber Cafe.

Sekian sahaja buat kali ini.

Selamat Berchatting! (...dan berdating....)

mantop....
eumajuent
eumajuent

Posts : 16
Points : 20
Join date : 28/05/2009
Age : 42
Location : muar

http://www.eumajuenterprise.blogspot.com

Back to top Go down

TIPS2 MENARIK Empty Re: TIPS2 MENARIK

Post by xkobar69 Sun May 31, 2009 12:39 pm

wah...ni tip yang bagus...thankz for infomation....
banyakkan lg tip-tip yang menarik..saya berminat nak dengar..
xkobar69
xkobar69

Posts : 10
Points : 12
Join date : 30/05/2009
Age : 35
Location : keningau

http://tudung-online.com/?ref=xkobar69

Back to top Go down

TIPS2 MENARIK Empty TIPS KESELAMATAN KETIKA BERADA DI DALAM KERETA

Post by eyes143 Sun May 31, 2009 11:40 pm

1- Pastikan kereta anda berada di dalam keadaan yang baik dan minyak kereta anda sekurang-kurangnya separuh tangki. Jangan biarkan minyak anda terlalu sedikit sehingga menyebabkan anda terpaksa berhenti untuk mengisi minyak terutamanya di kawasan yang anda tidak biasa.

2- Pastikan kunci kereta anda di keluarkan terlebih dahulu sebelum anda keluar atau meninggalkan bangunan ke tempat letak kereta. Sikap suka mencari kunci di dalam beg anda ketika sampai di kereta boleh membuka peluang kepada penjenayah untuk menyerang anda.

3- Perhatikan sekeliling anda sebelum masuk ke dalam kereta. Jika anda was-was terhadap persekitaran anda ketika itu, terus berjalan melepasi kereta anda ke tempat yang selamat.

4- Kunci kereta anda sebaik sahaja anda memasuki kereta anda. Pastikan pintu di kunci walaupun sebelum anda menghidupkan enjin kereta anda.

5- Apabila anda berhenti dijalan raya, pastikan pintu anda berkunci dan jarak antara kereta anda dengan kereta hadapan tidak begitu rapat. Ini mengelakkan penjenayah daripada mencari peluang untuk memasuki kereta anda dan seterusnya menyerang anda.

6- Letakkan kereta anda di tempat yang terang dan selamat, walaupun anda meninggalkan kereta anda tidak lama. Perhatikan sekeliling anda sebelum keluar daripada kenderaan anda.

7- Jika seseorang dengan tiba-tiba menghampiri anda dengan tujuan menyerang, hidupkan enjin dan keluar daripada kawasan tersebut secepat mungkin.

8- Pastikan tempat duduk hadapan dan belakang kosong dan seperti biasa kunci kereta sudah tersedia di tangan anda apabila anda di ekori di kawasan tempat letak kereta, dan anda masih lagi jauh daripada kereta anda, cuba menginsut di bawah kereta berhampiran. Posisi ini menyukarkan penjenayah untuk menyerang anda yang berada di bawah kereta.

9- Jika penyerang berjaya memasuki kereta anda ketika anda berada di dalamnya, gunakan segala kekuatan anda untuk keluar daripada kereta tersebut. Walaubagaimanapun, jika anda masih tidak berjaya melepaskan diri, pandu kereta anda melanggar pendua jalan, tembok, tiang dan apa sahaja yang dapat menyebabkan kemalangan kecil.

10- Ketika penyerang anda beralih perhatian gunakan peluang ini untuk keluar secepat mungkin daripada kereta anda. Lari sekuat hati sambil menjerit meminta pertolongan. Cuba menarik perhatian orang untuk menolong anda.

11- Jangan berhenti untuk meolong orang yang anda tidak kenali ketika keretanya rosak, sebaliknya apa yang anda boleh lakukan untuk menolong ialah dengan memandu ke pondok telefon berdekatan dan menelefon polis atau bantuan lain.

12- Jika tayar anda pancit di tengah jalan, teruskan juga pemanduan ketempat yang selamat, terang dan ramai orang. Lebih baik merosakkan tayar anda daripada mengambil risiko untuk mengabaikan keselamatan anda.

13- Jika anda terlibat di dalam kemalangan, duduk di dalam kereta anda sehingga polis sampai. Di dalam kemalangan kecil terdapat pemandu yang akan meminta keterangan pemanduan seperti lesen dan insuran. Tunjukkan lesen dan insuran anda melalui cermin sahaja.

14- Jika anda diekori ketika di dalam perjalanan, jangan memandu pulang kereta anda sebaliknya pandu kereta anda ke balai polis atau balai bomba yang berhampiran.

15- Bunyikan hon kereta anda. Jika tidak, pandu kereta anda ke stesen minyak atau ke kawasan tumpuan orang ramai dimana anda dapat menelefon polis. Jangan tinggalkan kereta anda melainkan anda pasti bahawa anda akan dapat memasuki bangunan dengan selamat. Cuba dapatkan nombor pendaftaran kereta serta mengecam kereta yang mengekori anda.

16- Jika boleh, cuba untuk memiliki sebuah telefon bimbit di dalam kereta anda untuk tujuan kecemasan. (Pastikan juga bateri telefon anda di cas serta telefon anda boleh membuat panggilan)
eyes143
eyes143
miss SEKETARI

Posts : 83
Points : 125
Join date : 28/05/2009
Age : 33
Location : dalam ati cmu143..

http://www.noorazneen.blogspot.com

Back to top Go down

TIPS2 MENARIK Empty TIPS PUTUS CINTA

Post by eyes143 Sun May 31, 2009 11:42 pm

1. Berdamai dgn diri sendiri. Manjakan diri anda ie mandi sauna, urut aromaterapi dsb. Jgn. ragu-ragu bersikap egois, menangislah sepuasnya jika itu yg diinginkan. Usah pedulikan komen-komen drpd org lain.

2. Hindari dari membuat keputusan2 besar kerana keadaan anda masih dlm kedukaan dan tentunya masih lagi dipengaruhi emosi.

3. Berbicara dgn org2 yg anda percayai. Drpd mereka anda akan mendapatkan kata-kata bijak yg boleh menghiburkan hati.

4. Keluarlah dgn kawan2 lama yg dapat membuat anda tersenyum, bahkan tertawa lebar.

5. Perbaiki penampilan diri dgn demikian akan akan lebih mempercayai diri.

6. Jgn. melarikan diri dgn org lain. Org yg baru putus cinta cenderung ingin cepat-cepat punya kekasih baru utk menepis kesendirian. Kesilapan besar kerana 'pelarian' tersebut bukanlah akan menyembuhkan tapi akan menimbulkan masalah baru.

7. Bermesralah dgn binatang kesayangan spt kucing, arnab dsb. Sedikit sebanyak akan melupakan kepedihan.

8. Menulis surat. Jika anda membenci bekas kekasih... tulislah semua kebencian anda di sehelai kertas, lalu bakar. Hal ini hanya untuk menyalurkan emosi anda.

9. Jgn. ragu memberi 'komplimen' utk diri sendiri. Misalnya jika anda suka bunga, belilah beberapa kuntum bunga & letakkan di mana anda suka. Ganti beberapa hari kemudian dgn bunga lain.

10. Makan tepat pada waktunya. Jgn menjadi kuat makan (emotional eater) kerana berat badan anda akan naik dgn cepat tapi jgn pula hilang selera makan krn anda akan jd tidak bermaya. Makanlah dgn tepat dan sihat.

11. Bersukan. Latihan fizikal selain membuat tubuh sihat dan meningkatkan stamina tapi juga terbukti dapat memperbaiki 'mood'.

12. Lakukan hobi yang anda sukai spt membaca, menonton tv, berkebun dsb.

13. Jgn. 'trauma' oleh cinta. Jatuh cinta tidak datang hanya sekali dlm hidup. Percayalah pada keajaiban cinta.
eyes143
eyes143
miss SEKETARI

Posts : 83
Points : 125
Join date : 28/05/2009
Age : 33
Location : dalam ati cmu143..

http://www.noorazneen.blogspot.com

Back to top Go down

TIPS2 MENARIK Empty Tips Dating Dalam Talian Tips Sebelum Bertemu

Post by eyes143 Sun May 31, 2009 11:49 pm

1. Ketahui seseorang dgn mendalam terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan untuk bertemunya.

2. Gunakan e-mel, chat, ICQ atau Netmeeting terlebih dahulu utk berkomunikasi. Jgn terlebih awal memberi nombor telefon anda kerana anda tidak benar2 mengenali rakan siber baru anda itu.

3. Cuba bertanya soalan2 yg boleh membantu anda mengenali mengenai seseorang terlebih dahulu , samada dia emrupakan pasangan yg anda cari.

4. Anda juga patut bertanya sebanyak mungkin soalan sehingga anda benar2 mengenali personaliti seseorang itu.

5. Sentiasa simpan maklumat yg pasangan baru anda beritahu mengenai dirinya dan pastikan maklumat2 tersebut tidak berubah apabila anda bertanyakan di waktu lain. Ini penting utk memastikan dia bersikap benar atau tidak.

6. Kebiasaannya terdapat dua golongan dalam masyarakat Internet. Golongan pertama ialah mereka yg suka menyamar dan tidak mendedahkan identiti mereka. Mereka ini mempunyai niat2 tertentu bersikap demikian. Manakala golongan kedua pula ialah mereka yg sentiasa bersikap jujur. Golongan ini berpendapat memandangkan mereka tidak dapat dilihat oleh org lain, tiada sebab mereka perlu berpura2.

7. Jgn mudah percaya kepada sesiapa sahaja walaupun orang yg anda hubungi melalui Internet kelihatan seperti benar2 memahami diri anda. Ini kerana masih banyak orang yg berpura2 dalam Internet.

8. Jgn memandang dating terlalu serius kerana ia hanya tempat anda mencari teman baru. Anda masih perlu berjumpa secara fizikal utk benar2 mengenali pasangan anda.

9. Anda boleh memberi maklumat yg anda inginkan tetapi jgn mendedahkan maklumat peribadi anda seperti alamat rumah, sekolah, telefon atau tempat kerja. Apa yg penting maklumat seperti apa yg anda suka dan tidak suka dan bukannya maklumat alamat rumah atau tempat kerja anda. Jaga2 jika individu tersebut mendesak utk mendapatkan maklumat peribadi anda.
eyes143
eyes143
miss SEKETARI

Posts : 83
Points : 125
Join date : 28/05/2009
Age : 33
Location : dalam ati cmu143..

http://www.noorazneen.blogspot.com

Back to top Go down

TIPS2 MENARIK Empty Re: TIPS2 MENARIK

Post by eyes143 Sun May 31, 2009 11:51 pm

Tips Untuk Berjumpa Kali Pertama

1. Anda hanya perlu berjumpa si dia selepas anda pasti dia merupakan orang yg anda cari dan minati. Jika tidak, terus saja menjadi rakan siber.

2. Bertemu di tempat awam dan bawa rakan2 anda sekali. Jgn sekali-kali pergi seorang diri.

3. Pastikan makanan dan minuman yg anda minum bersamanya selamat. Jgn sekali-kali pergi ke bilik air dan meninggalkan makanan di atas meja kerana anda tidak tahu kemungkinan sesuatu dimasukkan ke dalam makanan atau minuman ketika anda tiada.

4. Apabila bertemu, orang yg anda jumpa merupakan org yg anda sering hubungi dalam talian. Anda boleh menanyakan soalan2 yg biasa anda gunakan ketika berbual di Internet.

5. Jika anda rasa sesuatu tidak kena, elakkan perjumpaan itu segera.

Tips Untuk Perjumpaan Seterusnya

1. Teruskan perasaan was2 terhadap orang yg anda temui. Teruskan langkah berjaga2 seperti perjumpaan pertama.

2. Dapatkan maklumat di mana beliau tinggal atau bekerja. Ini penting utk memudahkan anda mencarinya jika sesuatu berlaku.

3. Dan anda kemudian perlu mengenalinya dengan lebih dekat seperti menilai gaya hidup dan keperibadiannya.
eyes143
eyes143
miss SEKETARI

Posts : 83
Points : 125
Join date : 28/05/2009
Age : 33
Location : dalam ati cmu143..

http://www.noorazneen.blogspot.com

Back to top Go down

TIPS2 MENARIK Empty 10 Tip Kecantikan Yg Boleh Diikuti Semua

Post by eyes143 Sun May 31, 2009 11:59 pm

1. Minum banyak air... minum.. minum dan minum! Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?.

2. Bersenam ! Baik utk kesihatan.. elok utk rohani! Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yg mudah! Jgn malas utk bersenam... lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran darah.

3. Jangan merokok. Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu.. jadi kenapa nak merokok?? Nak kuruskan badan?? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika org memilih antara sihat dan berpenyakit.. pasti org lebih nak sihat, kan???

4. Tidur yg cukup... Jgn asyik berjaga waktu malam... tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan utk tidur? Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.

5. Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jgn biarkan sisa2 mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah.. tak payahlah sapu itu ini... cukuplah dgn wajah yg bersih.

6. Makan yg cukup tapi bukan berlebihan. Jgn sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari. Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata.

7. Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak semestinya di salun.. anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah. Jika rajin.. cari pelbagai jenis bunga yg wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri utk mencantikkan tubuh badan.

8. Elakkan stress. Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.

9. Don't worry, be happy. Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik!

10. Ketawa penghibur duka! Jadi ketawalah apabila bergurau senda dgn famili atau kawan2. Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.

Okay?? Mudah bukan.... kecantikan bermula dalam diri dan amalan sehari-hari!
eyes143
eyes143
miss SEKETARI

Posts : 83
Points : 125
Join date : 28/05/2009
Age : 33
Location : dalam ati cmu143..

http://www.noorazneen.blogspot.com

Back to top Go down

TIPS2 MENARIK Empty Tip Untuk Mengetahui Lelaki Suka Kita Atau Tak

Post by eyes143 Mon Jun 01, 2009 12:02 am

Pernahkah anda tertanya jika lelaki yang anda idamkan sukakan anda? Mungkin anda boleh tanya lelaki itu sendiri, tetapi anda mungkin malu untuk bertanya soalan sedemikian.

Dan jika anda bertanya, anda akan bertambah malu jika lelaki itu memberi jawapan yang beliau tidak sukakan anda.

Anda tak perlu malukan diri. Berikut adalah 3 cara pantas untuk mengetahui jika lelaki yang anda idamkan sukakan anda.

1) Adakah si lelaki itu gelisah bila bersama anda? Lelaki akan kelihatan gelisah atau "tak kena gaya" jika berdepan dengan gadis yang dia suka.

2) Perhatikan gerak geri si lelaki. Dia cuba menenung anda? Atau dia selalu senyum kat anda? Atau dia sering memulakan perbualan? Dan adakah dia berdiri dekat dengan anda. Ini semua adalah tanda yang si lelaki sukakan anda.

3) Sentuhan juga adalah tanda jelas yang si lelaki sukakan anda. Bukan sentuhan intim yang dimaksudkan. Tetapi sentuhan seperti menepuk bahu anda atau geselan cara tak sengaja di tangan anda. Lelaki yang sukakan anda akan mencari peluang untuk menyentuh anda.
eyes143
eyes143
miss SEKETARI

Posts : 83
Points : 125
Join date : 28/05/2009
Age : 33
Location : dalam ati cmu143..

http://www.noorazneen.blogspot.com

Back to top Go down

TIPS2 MENARIK Empty Re: TIPS2 MENARIK

Post by xkobar69 Mon Jun 01, 2009 2:09 am

tip menjadi kaya@jutawan :

1)berniaga@bisnes,bisnes,bisnes,bisnes,bisnes,bisnes.......
xkobar69
xkobar69

Posts : 10
Points : 12
Join date : 30/05/2009
Age : 35
Location : keningau

http://tudung-online.com/?ref=xkobar69

Back to top Go down

TIPS2 MENARIK Empty Re: TIPS2 MENARIK

Post by fajar Mon Jun 01, 2009 2:30 am

tips nak dapat tips :

baca forum ni.. mesti dapat banyak tips..
fajar
fajar

Posts : 38
Points : 57
Join date : 28/05/2009

Back to top Go down

TIPS2 MENARIK Empty Re: TIPS2 MENARIK

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum