tentangfx
ANDA KINI BERADA DI FORUM tentangfx...
SILA LOG IN JIKA ANDA MEMBER DAN REG JIKA MASIH BELUM MENJADI MEMBER...
JIKA MEMILIH UNTUK MENJADI PELAWAT SILA ABAIKAN MESEJ INI... tq..

Join the forum, it's quick and easy

tentangfx
ANDA KINI BERADA DI FORUM tentangfx...
SILA LOG IN JIKA ANDA MEMBER DAN REG JIKA MASIH BELUM MENJADI MEMBER...
JIKA MEMILIH UNTUK MENJADI PELAWAT SILA ABAIKAN MESEJ INI... tq..
tentangfx
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

GEMPAR Pukau Guna Seluar Dalam

4 posters

Go down

GEMPAR Pukau Guna Seluar Dalam Empty GEMPAR Pukau Guna Seluar Dalam

Post by lupiii Thu May 28, 2009 9:22 pm

Petikan dari sinar harian online.


TIKAM BATU - Sebanyak tujuh rumah di Kampung Berapit di sini telah dipecah masuk sebelah malam pada hari yang sama oleh pencuri yang menggunakan teknik pukau dipercayai menggunakan seluar dalam yang diletakkan di hadapan pintu rumah yang dimasuki.

Seorang penduduk, Suriani Md Desa, 39, mendakwa, pencuri terbabit telah memecah masuk rumahnya antara jam 4 pagi hingga 5 pagi semalam dengan mencungkil pintu besi utama rumahnya dan telah menyelongkar peti ais di bahagian dapur rumah.

Menurutnya, dia dan suaminya, Abd Wahab Ahmad, 49, serta seorang anak lelakinya, Muhd Syafiq, 18, sedang tidur pada ketika itu dan tidak menyedari tentang kehadiran pencuri sehingga terjaga kira-kira jam 7 pagi.

“Pada malam itu, kebetulan bekalan elektrik terputus dan saya serta suami tidur agak lewat sekitar jam 2 pagi dan anak saya pula tidur pada jam 4 pagi. Apabila bangun dari tidur pada pagi itu, sekitar jam 7 pagi saya mendapati peti ais dan pintu utama rumah terbuka.

“Namun apabila diperiksa tiada barangan berharga yang hilang cuma seluar dalam anak saya yang hilang dan pencuri telah meletakkan seluar dalam itu di hadapan rumah jiran,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya.

Suriani berkata, sejak hujung tahun lepas, rumahnya telah dipecah masuk sebanyak empat kali dan pada kali kedua dimasuki pencuri, dia kehilangan televisyen dan pemain video cakera padat dan laporan polis telah dibuat.

Dalam perkembangan lain, seorang lagi mangsa, Rosmanizah Osman, 39, berkata, rumahnya telah dipecah masuk melalui tingkap hadapan rumah namun pencuri tidak berjaya memasuki rumahnya.

“Namun ketika suami ingin pergi bekerja pada pagi itu, saya dapati seluar dalam ada di hadapan rumah. Kami percaya pencuri menggunakan seluar dalam untuk memukau bagi memudahkan mereka memasuki rumah.

“Setakat itu sudah tiga kali rumah saya dipecah masuk pencuri dan pernah pada kali kedua pencuri cuba memasuki rumah saya namun tidak berjaya, mereka (pencuri) juga telah membuang air besar di hadapan rumah,” katanya yang tinggal berdekatan dengan rumah Suriani.

Rosmanizah berkata, selain rumahnya dan Suriani, lima rumah penduduk di sekitar kampung itu juga telah dipecah masuk pada malam yang sama namun tiada barang berharga yang diambil.

Katanya, kejadian pelik itu menimbulkan kerisauan kepada penduduk kerana kes pecah masuk rumah sering kali berlaku sejak kebelakangan ini.

“Saya berharap tindakan sewajarnya diambil oleh pihak berkuasa dengan memantau kejadian sebegini kerana bimbang perkara yang lebih buruk boleh berlaku,” katanya.
lupiii
lupiii
encik MOD

Posts : 6
Points : 19
Join date : 28/05/2009

Back to top Go down

GEMPAR Pukau Guna Seluar Dalam Empty Re: GEMPAR Pukau Guna Seluar Dalam

Post by eyes143 Thu May 28, 2009 10:16 pm

waaaa... suar dlm pun da leh pukau2 ni..
ape nk jd la org zmn skrg ni
eyes143
eyes143
miss SEKETARI

Posts : 83
Points : 125
Join date : 28/05/2009
Age : 33
Location : dalam ati cmu143..

http://www.noorazneen.blogspot.com

Back to top Go down

GEMPAR Pukau Guna Seluar Dalam Empty Re: GEMPAR Pukau Guna Seluar Dalam

Post by fajar Fri May 29, 2009 12:56 am

patutlerrrr... seluar dalam jiran aku asik ilang.. ish..ish..ish..No
fajar
fajar

Posts : 38
Points : 57
Join date : 28/05/2009

Back to top Go down

GEMPAR Pukau Guna Seluar Dalam Empty Re: GEMPAR Pukau Guna Seluar Dalam

Post by cyberkids Fri May 29, 2009 3:49 am

ades..mcm2 kes la...benda2 kotor ni mmg mujarab wat ilmu itam..ni mesti yg x basuh berbulan Laughing
cyberkids
cyberkids

Posts : 49
Points : 64
Join date : 28/05/2009
Age : 35

Back to top Go down

GEMPAR Pukau Guna Seluar Dalam Empty Re: GEMPAR Pukau Guna Seluar Dalam

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum